Bertemakan Menjulang tradisi, meningkatkan perpaduan - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) turut sama dalam memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada hari Sabtu, 12hb April 2025M bersamaan 13hb Syawal 1446H bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Pameran dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri turut mengetengahkan antara pengusaha-pengusaha yang bergabung di bawah 1 Kampung 1 Produk (1K1P) dan juga di bawah Tunas, iaitu, projek kolaborasi antara Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Aktviti perekonomian Majlis-Majlis Perundingan Kampung telah menyumbang kepada pengukuhan perpaduan masyarakat melalui penglibatan pelbagai tenaga kerja, penyatuan serta pembinaan kepakaran dan pengalaman, kerjasama penghasilan produk di kalangan penduduk, serta perkongsian kemahiran yang dilaksanakan oleh para pengusaha melalui program-program pembinaan kapasiti kepada pelbagai lapisan masyarakat.